1. Doa perempuan lebih makbul dari pada laki-laki karena sifat penyayang mereka lebih kuat dari laki-laki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, baginda SAW menjawab,
“Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.
2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.
7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darajatnya seumpama orang yang sentiasa menangis karena takut kepada Allah SWT dan orang yang takut akan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang membuat senang anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail AS.
9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
11. Satu perempuanyang solehah lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.
12. Aisyah berkata,
“Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap perempuan?
Jawab rasulullah, “Suaminya”.
“Siapa pula berhak terhadap lelaki?”
Jawab Rasulullah, “Ibunya”.
13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibu bapakmu, maka jawablah panggilan ibumu lebih dahulu.
14. Perempuan yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selagi dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
15. Perempuan yang taat berkhidmat kepada suaminya akan ditutup pintu-pintu neraka baginya dan dibukakan pintu-pintu syurga untuknya. Masuklah dia kedalam surga dari pintu yang dia kehendaki tanpa dihisab.
16. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
17. Perempuan yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi SAW) di dalam syurga.
18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.
19. Dari Aisyah r.a, “Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.”
20. Didalam kitab suci Al-Qur’an terdapat surat dengan nama an-Nisa yang artinya para wanita tetapi tidak didapati surat dengan nama ar-Rijal (laki-laki). Setiap kata yang tersemat didalam kitab suci al-Qur’an (apalagi sub-induknya alias judul surat) mengandung pengertian yang agung, sesuatu hal yang besar dan harus mendapat perhatian dari para makhluk.
Semoga tulisan ini bermanfaat khususnya bagi para perempuan.
aqiqah tangerang selatan
BalasHapusjasa aqiqah bintaro
paket aqiqah tangerang selatan
aqiqah pamulang
paket aqiqah murah tangerang
paket aqiqah tangsel
aqiqah tangsel
aqiqah tangerang selatan
jasa aqiqah bintaro
paket aqiqah tangerang selatan
aqiqah pamulang